Thursday, 31 March 2016

Panggilan Peperiksaan Ujian Bertulis bagi Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 di Majlis Perbandaran Batu Pahat

Edit Posted by with No comments

Pengalaman Panggilan Temuduga Guru Tabika Perpaduan yang Bersandarkan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 di Muar di bawah Jabatan JPNIN

Edit Posted by with 1 comment

Cara Mengumpul Duit untuk Mencapai Impian Bilik Idaman tanpa Mengharapkan Wang Ibu Bapa

Edit Posted by with No comments

Kenapa Kak Sur Beli Kereta Second-Hand?

Edit Posted by with No comments
Assalammualaikum w.b.t.,


Tajuk blog Kak Sur kali ini adalah mengenai tentang 'Kenapa Kak Sur Beli Kereta Second-Hand?'

Kenapa ya? Kalau tanya Kak Sur, memanglah Kak Sur nak sangat pakai kereta baru. Siapa yang tak nak kan. Tapi, kita perlu belajar susah dulu, baru senang kemudian. Bagi Kak Sur, untuk membeli kereta baru, sememangnya Kak Sur mampu. Tapi, usia Kak Sur masih muda, Kak Sur ada matlamat hidup Kak Sur sendiri. Biarlah orang sekeliling memandang rendah pada kita sebab kita pakai kereta second-hand. Tapi Kak Sur yakin, ini pilihan Kak Sur yang terbaik. Entry ini bukan lah untuk mempengaruhi adik-adik / lepasan graduan untuk memilih membeli kereta second-hand.... tapi ini sekadar Kak Sur ingin bercerita mengenai diri dan kehidupan Kak Sur supaya adik-adik muda di luar sana dapat membuat keputusan yang sebaik-baiknya.

Tamat belajar (Ijazah Sarjana Muda)
Tamat pengajian bukanlah bermakna kita sudah berjaya dalam hidup. Kita perlu menempuh satu fasa lain iaitu alam pekerjaan. Kak Sur sebenarnya, ada memohon untuk sambung belajar pada peringkat master dan Kak Sur berjaya mendapat tawaran tersebut dalam bidang Sains Pembangunan di UKM, Bangi. Akan tetapi, Kak Sur terpaksa tolak memandangkan ada orang ingin meminang Kak Sur. Haihhh... itu salah satu sebab Kak Sur tolak tawaran dan juga pada waktu itu, myBrain, antara 50-50 dapat atau tidak. Jadi, Kak Sur pun tolak tawaran master itu. Kemudian, tamat sahaja belajar, Kak Sur ingin berniaga di Bazar. Kak Sur tak ada duit...tapi adalah sikit untuk modal permulaan. Kak Sur kumpul duit sikit demi sikit. Alhamdulilah, Kak Sur berniaga bersama akak angkat Kak Sur, dari situ Kak Sur banyak belajar. Tapi, Kak Sur tak mampu bertahan, sebab Kak Sur jatuh sakit pada waktu itu. Sebab nak berniaga bazar ni, mental dan fizikal perlu kuat. Panas terik, hujan panas, semua kita hadapi. Pagi-pagi dah bangun buat kuih. Jam 3.30 petang dah kena buka payung. Petang dah nak maghrib baru siap berniaga. Letih sangat. Tapi, ini semua untuk mencari rezeki.

Setelah Kak Sur ikut akak angkat Kak Sur berniaga di bazar, Kak Sur ditawarkan bekerja di syarikat swasta. Syukur alhamdulilah. Ok, ni yang Kak Sur nak cerita tentang kereta second ni...haha mukadimah panjang sangat la Kak Sur ni...kan. hee


Pengalaman Panggilan Temuduga Pegawai Perhubungan Awam Gred N44 lantikan Kerajaan Negeri

Edit Posted by with No comments

Tips Capai Dekan

Edit Posted by with No comments

Assalamualaikum w.b.t.,

 

Tips Capai Dekan.

Kak Sur sebenarnya bukanlah pelajar yang setiap semester Dekan pun. Uhuk..uhukk (terbatuk pula). Cuma Kak Sur teringin sangat nak berkongsi kepada anda semua bagaimana dan cara kita memperoleh Anugerah Dekan. Tak kiralah walaupun sekali sahaja dapat anugerah dekan sepanjang kita belajar di universiti sekalipun, ia tetap menjadi satu impian besar buat semua pelajar universiti betul tak? Tapi, nak dekan tak boleh malas-malasan ya. Bukan hati dan mulut sahaja kata NAK, tapi jika MENTALITI dan FIZIKAL yang tidak seiring pun tiada gunanya juga. Usaha dan kerajinan anda akan terbayar juga apabila anda bertawakal setelah berusaha.



 


1. Cuba hadam sendiri dahulu baru share
Kadang-kadang di Universiti kita perlu ada sedikit sikap pentingkan diri sendiri juga. Kak Sur ulang, SEDIKIT sikap pentingkan diri. Maksud Kak Sur perlu pentingkan diri sendiri ini, bermakna kita juga perlu fokus.Ambil lah sedikit masa dan ruang untuk diri sendiri membaca dan mengulang kaji pelajaran. Pentingkan diri ini bukan bermakna kita sombong ye... dan apabila kita sudah faham, barulah kita berkongsi apa yang kita baca dan pelajari kepada kawan-kawan kita supaya apa yang kita baca terus kita ingat dan faham. Jika ada kawan yang minta kita tolong untuk ajar, kita perlu bersemangat mengajarnya kerana kita sudah mahir dan faham subjek berkenaan. Ilmu tak boleh kita 'lokek-lokek' (kedekut)ya...





2. Pilih subjek / kursus yang betul-betul kita minat dan faham
Di Universiti, pelbagai mata pelajaran / kursus yang dinyatakan. Sebagai contoh, dalam satu semester, pelajar wajib mempunyai 16-17 mata sebagai mencukup syarat dan kelayakkan dalam semester. Kita refer (Rujuk) buku panduan yang diberikan dari fakulti kita / pusat pengajian kita. Pastikan buku panduan itu tidak hilang. Wajib simpan dari awal semester tahun pertama hinggalah tamat pengajian. Pilihlah kursus-kursus yang ditawarkan mengikut apa yang kita minat dan yakin boleh bawa. Contoh macam Kak Sur, memang kurang minat subjek kira-kira, jadi Kak Sur cuba elakkan subjek yang ada unsur kira-kira. Hehehe.... tepuk dada tanyalah hati dan jiwa anda. Jangan pilih kursus / subjek SEMATA-MATA IKUT KAWAN. 
3. Persediaan Awal
Kebiasaannya budaya belajar di Universiti adalah study last minit. Bagi Kak Sur, belajar last minit di akhir-akhir nak exam adalah sesuatu yang merugikan. (tetapi terpulang, cara orang lain, lain caranya). Sebelum tarikh exam nak bermula (pastikan lama lagi 2 bulan / 3 bulan sebelum ya), kita dah boleh start buat nota ringkas. (buat nota selepas balik kelas / hujung minggu). Dulu Kak Sur suka buat nota menggunakan kertas-kertas kecil. Contohnya :


                                                                  (tajuk utama)

                                      Point 1                                            - hurai sedikit
                                      Point 2                                            - hurai sedikit
                                      Point 3                                            - hurai sedikit



                                                               (Peranan........ )
                                       1)                                                  - contohnya
                                       2)                                                  - contohnya
                                       3)                                                  - contohnya


Akhir sekali buat rumusan bagi setiap apa yang kita belajar. Susun setiap bab / tajuk besar. Jadi, apabila tarikh exam dah nak dekat, kita takkan gelabah kemudian mengeluh post-post kat Facebook dan sebagainya. Nak jadi student hebat, perlu study smart. Masuk dewan peperiksaan, kita tenang je...sebab? kita sudah prepare awal-awalkan.

 



4) Dapatkan markah tinggi dalam tugasan kursus
Sudah pasti di setiap Universiti ada tugasan kerja amali kan? Sebernarnya, kita tidak boleh berharap 100% sahaja markah peperiksaan semata-mata. Sebaik-baiknya, kita perlu seimbang. Misalnya, kerja kursus 80 markah (A+), markah peperiksaan pun kita mesti A juga. Di sini, banyak yang kadang-kala pelajar gagal. Bagi Kak Sur, selagi ada masa kita perbetulkan tugasan kerja kursus kita, sebaik-baiknya, jumpa pensyarah berbincang dan cuba buat lagi tugasan anda hingga mendapat markah yang memuaskan. Kak Sur ada pengalaman, Kak Sur memperoleh markah kerja kursusu bagi subjek Masyarakat dan Teknolongi adalah C. Bayangkan, C!! Kak Sur pergi jumpa pensyarah, boleh tak perbaiki tugasan ini. Kebiasaannya, pensyarah akan beri kita peluang. Sepanjang kita perbetulkan kesilapan kita, pastikan kita sudah draft dan menyediakan point-point yang terbaik untuk tugasan kita. Akhirnya, Kak Sur dapat A!! setelah 3 kali buat pembetulan. Ini pengalaman Kak Sur. Nak berjaya bukan mudahkan, yang penting jangan mengalah. Tapi janganlah kita tak puas hati kalau tak dapat markah baik dan dendam pada pensyarah. Mungkin kita ada silap. Jadi apa yang kita dapat setelah kita berusaha, bersyukurlah ya. 




5) Berdoa dan bertawakal
Tips yang kebiasaannya ramai yang tahu.   :)


 



Wednesday, 30 March 2016

Pengalaman Kak Sur Sebagai Mahasiswa Universiti

Edit Posted by with No comments
Assalamualaikum w.b.t.,


 

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi, pada akhir tahun 2014, kak Sur officially graduated sebagai graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan. 


3 Tahun kak Sur sebagai mahasiswa di sana. Kak Sur sangat berbesar hati nak berkongsi pengalaman sebagai mahasiswa kepada adik-adik di luar sana. Kak Sur bukanlah terlalu cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum.. cukup sekadar, berkongsi bercerita kepada adik-adik supaya lebih belajar bersungguh-sunguh dan capai kejayaan.


Pada mulanya, Kak Sur mendapat tawaran sambung belajar pada masa itu, Kak Sur sedang bekerja sebagai Kerani Akaun dan Pengurusan di syarikat swasta.


Cerita sebagai pelajar tahun pertama
Kak Sur sebenarnya tiada sesiapa yang boleh akak jadikan sebagai mentor dalam adik beradik akak. Sebab, dalam adik beradik Kak Sur, hanya akak seorang yang dapat menyambung pelajaran di Universiti. Walaupun begitu, itu semua bukan alasan untuk kita tidak teruskan perjalanan kita untuk lebih berjaya. Akak teruskan juga. Sejujurnya, semasa di universiti, akak amat 'blur'. Sebab kita masih baru didedahkan dengan alam universiti. Kak Sur tidak berapa faham dengan sistem pembelajaran di universiti. Ada peratusan, ada kelas, tutorial, periksaan kuiz, tugasan berkumpulan dan macam-macam lagi.


Di sebabkan kita ni baru lagi, jadi Kak Sur pun belajar la seperti biasa. Baca nota dan buku yang pensyarah suruh. Study punya study, blur!! sebab apa? Sebab sistem di universiti tak sama masa zaman kita belajar di sekolah. Di universiti, kita tidak boleh belajar dan berharap pada diri sendiri 100% sahaja. 


Hakikatnya, di universiti, cara belajar yang terbaik adalah, belajar secara berkumpulan dan yang paling penting, selalu rujuk soalan-soalan peperiksaan yang lepas dan sentiasa buat ulang kaji pelajaran. Semasa di kelas pula, kita perlu tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran yang diajar oleh pensyarah / tutor. Sebelum ke kelas, kita perlu siap sedia dengan pemahaman kita terhadap subjek yang kita akan belajar pada hari tersebut. Dan jangan lupa dalam minda kita selalu ada paling tidak satu tajuk isu semasa yang kita tahu. Perkara ini amat penting jika di tanya oleh pensyarah, kita sudah menunjukkan kita lah mahasiswa, bukan lagi pelajar sekolah. (tapi, pastikan isu semasa yang anda ada adalah isu semasa yang berasas..bukan hiburan semata-mata).



Selain ilmu pengetahuan, kita perlu memilih rakan tugasan (ahli kumpulan) yang betul-betul kita percaya. Kak Sur bukan suruh cari ahli kumpulan yang pandai semata-mata. Tetapi, carilah ahli kumpulan yang rajin, bersungguh-sungguh, sentiasa memberi idea dan bantuan untuk sama-sama menyiapkan tugasan. Kak Sur pasti, masalah ini selalu dihadapi setiap mahasiswa di universiti. Betul kan? Tetapi, janganlah pula kita menilai terlebih dahulu. Ada baiknya, dalam menyiapkan tugasan, lantik seorang ketua dan sediakan jadual perjalanan tugasan hinggalah tarikh tugasan perlu dihantar. Jika tugasan wajib dihantar pada 5hb, pastikan 3hb sudah siap sempurna untuk dihantar. Setelah tugasan sempurna, pastikan semua ahli kumpulan periksa setiap ejaan dan penggunaan kata. Perkara ini amat penting dan mempengaruhi markah anda dalam assignment anda nanti.Jadi, sebelum hantar pastikan ia kemas dan tersusun mengikut format yang formal / kehendak pensyarah masing-masing.


Selain itu, Kak Sur nak pesan, jangan sesekali kita ponteng kelas. Ya, memang kebiasaannya kita selalu dengar pelajar tidak hadir ke kelas. Itu sudah menjadi budaya sebagai pelajar universiti. Perkara ini berlaku kerana, dalam kelas ramai pelajar dalam kelas dan sudah pasti pensyarah tidak menyedari ketidakhadiran pelajar. Biarlah orang sekeliling kata kita budak 'skema' sekalipun, kita pedulikan sahaja. Sebab apa Kak Sur kata penting hadir ke kelas dan jangan ponteng, sebab kat kelas lah, kita dapat tips-tips dari pensyarah. Nota-nota yang diberikan dan kita dapat ulang kaji selepas kelas nanti atau pada hujung minggu. Jadi jangan malas-malas ya.


Kita perlu ingat, pengalaman sebagai pelajar universiti ini hanya datang sekali sahaja, sebab ia bukan selalu datang dalam hidup kita. Jadi, kita perlu hargai setiap detik sebagai pelajar universiti. Dan Kak Sur nak pesan... tidak semestinya orang yang pandai, boleh berjaya, tetapi orang yang sederhana dalam akademiknya yang terdahulu pun boleh berjaya jika rajin, semua orang boleh berjaya. Ada juga orang yang mendapat keputusan STPM cemerlang tetapi di tengah alam universiti, ia jatuh dan gagal. Yang penting jangan leka dengan persekitaran di alam universiti (jika negatif jangan ikut contoh : budaya melepak tidak tentu hala dan terlalu sosial negatif, kalau boleh elakkan couple, nak bercinta lepas belajar, kalau nak bercinta jugak, kahwin masa belajar, pastikan anda tidak lalai tujuan datang ke universiti untuk apa). Perlu kuatkan semangat dan ingat mak ayah di kampung yang penuh harapan terhadap kita. 


 

Akan datang, dengan keputusan yang terakhir ini lah yang akan kita tulis dalam resume kita untuk minta kerja / sambung belajar ke peringkat lebih tinggi lagi (jika diberi peluang). Jadi, jangan menyesal dikemudian hari. 


Doa dan jangan lupa solat dan minta perlindungan dari Allah SWT.


Sekian, wallahualam :)

Blog Sahliza Umairah sudah berwajah baru yer... :)

Edit Posted by with 1 comment
Assalammualaikum w.b.t.. 

Rasanya sudah lama tak 'berblog' kan.... jadi tahun ni 2016, tekad nak berblog kembali...


ini blog baru ya dari sy, SAHLIZA UMAIRAH... blog lama, dah tak aktif lagi, jd boleh ABAIKAN. ok. haha.

Azam baru, tahun baru (dah nak masuk bln 4 dah) hahaha.. tahun baru, blog baru!! baru semangat!! 


Salam kenal dan Senyum.. :)