
Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi, pada akhir tahun 2014, kak Sur officially graduated sebagai graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan.
3 Tahun kak Sur sebagai mahasiswa di sana. Kak Sur sangat berbesar hati nak berkongsi pengalaman sebagai mahasiswa kepada adik-adik di luar sana. Kak Sur bukanlah terlalu cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum.. cukup sekadar, berkongsi bercerita kepada adik-adik supaya lebih belajar bersungguh-sunguh dan capai kejayaan.
Pada mulanya, Kak Sur mendapat tawaran sambung belajar pada masa itu, Kak Sur sedang bekerja sebagai Kerani Akaun dan Pengurusan di syarikat swasta.
Cerita sebagai pelajar tahun pertama
Kak Sur sebenarnya tiada sesiapa yang boleh akak jadikan sebagai mentor dalam adik beradik akak. Sebab, dalam adik beradik Kak Sur, hanya akak seorang yang dapat menyambung pelajaran di Universiti. Walaupun begitu, itu semua bukan alasan untuk kita tidak teruskan perjalanan kita untuk lebih berjaya. Akak teruskan juga. Sejujurnya, semasa di universiti, akak amat 'blur'. Sebab kita masih baru didedahkan dengan alam universiti. Kak Sur tidak berapa faham dengan sistem pembelajaran di universiti. Ada peratusan, ada kelas, tutorial, periksaan kuiz, tugasan berkumpulan dan macam-macam lagi.
Di sebabkan kita ni baru lagi, jadi Kak Sur pun belajar la seperti biasa. Baca nota dan buku yang pensyarah suruh. Study punya study, blur!! sebab apa? Sebab sistem di universiti tak sama masa zaman kita belajar di sekolah. Di universiti, kita tidak boleh belajar dan berharap pada diri sendiri 100% sahaja.
Hakikatnya, di universiti, cara belajar yang terbaik adalah, belajar secara berkumpulan dan yang paling penting, selalu rujuk soalan-soalan peperiksaan yang lepas dan sentiasa buat ulang kaji pelajaran. Semasa di kelas pula, kita perlu tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran yang diajar oleh pensyarah / tutor. Sebelum ke kelas, kita perlu siap sedia dengan pemahaman kita terhadap subjek yang kita akan belajar pada hari tersebut. Dan jangan lupa dalam minda kita selalu ada paling tidak satu tajuk isu semasa yang kita tahu. Perkara ini amat penting jika di tanya oleh pensyarah, kita sudah menunjukkan kita lah mahasiswa, bukan lagi pelajar sekolah. (tapi, pastikan isu semasa yang anda ada adalah isu semasa yang berasas..bukan hiburan semata-mata).
Selain ilmu pengetahuan, kita perlu memilih rakan tugasan (ahli kumpulan) yang betul-betul kita percaya. Kak Sur bukan suruh cari ahli kumpulan yang pandai semata-mata. Tetapi, carilah ahli kumpulan yang rajin, bersungguh-sungguh, sentiasa memberi idea dan bantuan untuk sama-sama menyiapkan tugasan. Kak Sur pasti, masalah ini selalu dihadapi setiap mahasiswa di universiti. Betul kan? Tetapi, janganlah pula kita menilai terlebih dahulu. Ada baiknya, dalam menyiapkan tugasan, lantik seorang ketua dan sediakan jadual perjalanan tugasan hinggalah tarikh tugasan perlu dihantar. Jika tugasan wajib dihantar pada 5hb, pastikan 3hb sudah siap sempurna untuk dihantar. Setelah tugasan sempurna, pastikan semua ahli kumpulan periksa setiap ejaan dan penggunaan kata. Perkara ini amat penting dan mempengaruhi markah anda dalam assignment anda nanti.Jadi, sebelum hantar pastikan ia kemas dan tersusun mengikut format yang formal / kehendak pensyarah masing-masing.
Selain itu, Kak Sur nak pesan, jangan sesekali kita ponteng kelas. Ya, memang kebiasaannya kita selalu dengar pelajar tidak hadir ke kelas. Itu sudah menjadi budaya sebagai pelajar universiti. Perkara ini berlaku kerana, dalam kelas ramai pelajar dalam kelas dan sudah pasti pensyarah tidak menyedari ketidakhadiran pelajar. Biarlah orang sekeliling kata kita budak 'skema' sekalipun, kita pedulikan sahaja. Sebab apa Kak Sur kata penting hadir ke kelas dan jangan ponteng, sebab kat kelas lah, kita dapat tips-tips dari pensyarah. Nota-nota yang diberikan dan kita dapat ulang kaji selepas kelas nanti atau pada hujung minggu. Jadi jangan malas-malas ya.
Kita perlu ingat, pengalaman sebagai pelajar universiti ini hanya datang sekali sahaja, sebab ia bukan selalu datang dalam hidup kita. Jadi, kita perlu hargai setiap detik sebagai pelajar universiti. Dan Kak Sur nak pesan... tidak semestinya orang yang pandai, boleh berjaya, tetapi orang yang sederhana dalam akademiknya yang terdahulu pun boleh berjaya jika rajin, semua orang boleh berjaya. Ada juga orang yang mendapat keputusan STPM cemerlang tetapi di tengah alam universiti, ia jatuh dan gagal. Yang penting jangan leka dengan persekitaran di alam universiti (jika negatif jangan ikut contoh : budaya melepak tidak tentu hala dan terlalu sosial negatif, kalau boleh elakkan couple, nak bercinta lepas belajar, kalau nak bercinta jugak, kahwin masa belajar, pastikan anda tidak lalai tujuan datang ke universiti untuk apa). Perlu kuatkan semangat dan ingat mak ayah di kampung yang penuh harapan terhadap kita.
Akan datang, dengan keputusan yang terakhir ini lah yang akan kita tulis dalam resume kita untuk minta kerja / sambung belajar ke peringkat lebih tinggi lagi (jika diberi peluang). Jadi, jangan menyesal dikemudian hari.
Doa dan jangan lupa solat dan minta perlindungan dari Allah SWT.


Sekian, wallahualam :)
0 comments:
Post a Comment