Thursday, 31 March 2016

Tips Capai Dekan

Edit Posted by with No comments

Assalamualaikum w.b.t.,

 

Tips Capai Dekan.

Kak Sur sebenarnya bukanlah pelajar yang setiap semester Dekan pun. Uhuk..uhukk (terbatuk pula). Cuma Kak Sur teringin sangat nak berkongsi kepada anda semua bagaimana dan cara kita memperoleh Anugerah Dekan. Tak kiralah walaupun sekali sahaja dapat anugerah dekan sepanjang kita belajar di universiti sekalipun, ia tetap menjadi satu impian besar buat semua pelajar universiti betul tak? Tapi, nak dekan tak boleh malas-malasan ya. Bukan hati dan mulut sahaja kata NAK, tapi jika MENTALITI dan FIZIKAL yang tidak seiring pun tiada gunanya juga. Usaha dan kerajinan anda akan terbayar juga apabila anda bertawakal setelah berusaha.



 


1. Cuba hadam sendiri dahulu baru share
Kadang-kadang di Universiti kita perlu ada sedikit sikap pentingkan diri sendiri juga. Kak Sur ulang, SEDIKIT sikap pentingkan diri. Maksud Kak Sur perlu pentingkan diri sendiri ini, bermakna kita juga perlu fokus.Ambil lah sedikit masa dan ruang untuk diri sendiri membaca dan mengulang kaji pelajaran. Pentingkan diri ini bukan bermakna kita sombong ye... dan apabila kita sudah faham, barulah kita berkongsi apa yang kita baca dan pelajari kepada kawan-kawan kita supaya apa yang kita baca terus kita ingat dan faham. Jika ada kawan yang minta kita tolong untuk ajar, kita perlu bersemangat mengajarnya kerana kita sudah mahir dan faham subjek berkenaan. Ilmu tak boleh kita 'lokek-lokek' (kedekut)ya...





2. Pilih subjek / kursus yang betul-betul kita minat dan faham
Di Universiti, pelbagai mata pelajaran / kursus yang dinyatakan. Sebagai contoh, dalam satu semester, pelajar wajib mempunyai 16-17 mata sebagai mencukup syarat dan kelayakkan dalam semester. Kita refer (Rujuk) buku panduan yang diberikan dari fakulti kita / pusat pengajian kita. Pastikan buku panduan itu tidak hilang. Wajib simpan dari awal semester tahun pertama hinggalah tamat pengajian. Pilihlah kursus-kursus yang ditawarkan mengikut apa yang kita minat dan yakin boleh bawa. Contoh macam Kak Sur, memang kurang minat subjek kira-kira, jadi Kak Sur cuba elakkan subjek yang ada unsur kira-kira. Hehehe.... tepuk dada tanyalah hati dan jiwa anda. Jangan pilih kursus / subjek SEMATA-MATA IKUT KAWAN. 
3. Persediaan Awal
Kebiasaannya budaya belajar di Universiti adalah study last minit. Bagi Kak Sur, belajar last minit di akhir-akhir nak exam adalah sesuatu yang merugikan. (tetapi terpulang, cara orang lain, lain caranya). Sebelum tarikh exam nak bermula (pastikan lama lagi 2 bulan / 3 bulan sebelum ya), kita dah boleh start buat nota ringkas. (buat nota selepas balik kelas / hujung minggu). Dulu Kak Sur suka buat nota menggunakan kertas-kertas kecil. Contohnya :


                                                                  (tajuk utama)

                                      Point 1                                            - hurai sedikit
                                      Point 2                                            - hurai sedikit
                                      Point 3                                            - hurai sedikit



                                                               (Peranan........ )
                                       1)                                                  - contohnya
                                       2)                                                  - contohnya
                                       3)                                                  - contohnya


Akhir sekali buat rumusan bagi setiap apa yang kita belajar. Susun setiap bab / tajuk besar. Jadi, apabila tarikh exam dah nak dekat, kita takkan gelabah kemudian mengeluh post-post kat Facebook dan sebagainya. Nak jadi student hebat, perlu study smart. Masuk dewan peperiksaan, kita tenang je...sebab? kita sudah prepare awal-awalkan.

 



4) Dapatkan markah tinggi dalam tugasan kursus
Sudah pasti di setiap Universiti ada tugasan kerja amali kan? Sebernarnya, kita tidak boleh berharap 100% sahaja markah peperiksaan semata-mata. Sebaik-baiknya, kita perlu seimbang. Misalnya, kerja kursus 80 markah (A+), markah peperiksaan pun kita mesti A juga. Di sini, banyak yang kadang-kala pelajar gagal. Bagi Kak Sur, selagi ada masa kita perbetulkan tugasan kerja kursus kita, sebaik-baiknya, jumpa pensyarah berbincang dan cuba buat lagi tugasan anda hingga mendapat markah yang memuaskan. Kak Sur ada pengalaman, Kak Sur memperoleh markah kerja kursusu bagi subjek Masyarakat dan Teknolongi adalah C. Bayangkan, C!! Kak Sur pergi jumpa pensyarah, boleh tak perbaiki tugasan ini. Kebiasaannya, pensyarah akan beri kita peluang. Sepanjang kita perbetulkan kesilapan kita, pastikan kita sudah draft dan menyediakan point-point yang terbaik untuk tugasan kita. Akhirnya, Kak Sur dapat A!! setelah 3 kali buat pembetulan. Ini pengalaman Kak Sur. Nak berjaya bukan mudahkan, yang penting jangan mengalah. Tapi janganlah kita tak puas hati kalau tak dapat markah baik dan dendam pada pensyarah. Mungkin kita ada silap. Jadi apa yang kita dapat setelah kita berusaha, bersyukurlah ya. 




5) Berdoa dan bertawakal
Tips yang kebiasaannya ramai yang tahu.   :)


 



0 comments:

Post a Comment